August 17, 2009

Wajarkah Aku Bercinta?

Assalamualaikum.. Lama btul ku x update blog ni. bukan aje x update, buka pun x! Alhamdulillah, tergerak jgk hati nak buka blog mlm sblum ni. sampaikan ku perasan ada 1 msg kat bhgian comment yg benar2 buat ku terharu. sebenarnye x ramai yg tahu blogku, sbb tu ku x endahkan sgt blogku ni. Tp ada juga insan yg ambil berat thdap blog ku yg x seberapa ini. Kalau lama lg x bukak, mybe user name n password pun boleh terlupa. Aduhai Ilhamku...

Wajarkah aku bercinta? Umur dah 19 tahun. Orang kata, bolehlah bercinta kat alam Universiti ni. Sebagai permulaan, kita berkawan dulu, kenal hati budi masing-masing, menyayangi antara 1 sama lain, sehinggalah berputik perasaan cinta n yakin si dia boleh membahagiakan kita maka sudah tentu dia layak bergelar suami. Mesti alam rumah tangga kita kelak akan bahagia. emm..Yeke? sure ke kita bahagia??

Semua orang ada keinginan untuk menyayangi dan disayangi. coz, kita semua ada perasaan. Siapa yang x ada perasaan maka dia bukan normal. Ye la.. hidup berpasangan kan salah satu fitrah manusia. So, hargailah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah dalam setiap jiwa kita. x salah kalau bercinta, tapi ada caranya. Bersyukurlah kalau kita ada perasaan cinta kepada seseorang kerana perasaan ini adalah anugerah dari Allah. Cinta sebenarnya suci. tapi tak semua yang pandai menjaga kesucian cinta malah tersungkur ke lembah kemaksiatan.

Bagaimana rasa nya bila kita couple sampai digelar best couple? sweet sangat kot. Dapat makan free, keluar bersama, rasa save bila mana bersama si dia, bila malam je, sembang dalam phone, mesej sama-sama, berkongsi suka dan duka, wah... bahagianya rasa... sebenarnya, kebahagiaan ni tak ke mana, dalam kita suka, kita tak sedar yang kita dapat dosa, semakin hari semakin bertambah dosa kita. Buat apa kita membazir duit, air mata, masa, n tenaga kerana si dia. Cinta sebegini x diiktiraf pun dalam alquran, x diceritakan pun. Cinta hina namanya. Sememangnya perasaan sebegini akan diuji dalam setiap jiwa. Tapi kalau seseorang tu hanya memendam dan menahan cintanya, dan bila dia mati, maka matinya adalah mati syahid.

Cinta ada 3 peringkat, dalam surah Al-Taubah, ayat 24 ada menyatakan tentang cinta. Perngkat pertama, Cinta agung iaitu cinta kpd Allah, Rasul, Ilmu dan Jihad. Peringkat kedua, cinta pertengahan iaitu cintakan ibu bapa, isteri, adik beradik dan harta. Peringkat ketiga pula, cinta rendah iaitu cinta pertengahan melebihi cinta agung. Tp, still diiktiraf dalam Alquran.

Indahnya cinta selepas kahwin... boleh dating sakan-sakan, nak buat apa pun dah halal. Ada juga yang dah kahwin tp x bahagia. Pelbagai perasangka buruk kepada partnernye bila mana pelbagai perasaan timbul iri hati, rasa seperti ada orang ketiga, n byk lh. Kenapa? kerana x de berkat dalam perkahwinan bila mana sebelum kahwin, mereka bercinta sakan. Yang haram pun buat juga. maka, x berkat la jadinya.

Sampai sini aje lah.. Byk lagi sebenarnya. apa yg saya tulis ni harap2 jadi contoh untuk saya dan juga insan yang lain. amin...

No comments:

Post a Comment